Friday, November 26, 2010

Lawatan YAB Datuk Seri Hj Ahmad b Said ke Ladang Besol dan Pasir Raja


YAB Dato Seri Hj. Ahmad Bin Said sempat beramah mesra dengan penduduk Kg. Pasir Raja

DUNGUN HARI INI


Bukit Besi 25,Nov 2010 - YAB Datuk Seri Hj. Ahmad Bin Said hadir ke Ladang dan Kg. Pasir Raja dalam lawatan kerjanya selama satu hari semalam seterusnya merasmikan majlis CSR: Pemimpin Bersama Rakyat dan penyerahan bantuan Paip Poly Kg.Pasir Raja yang disumbangkan oleh kumpulan Kayu Kayan Terengganu Sd. Bhd. serta bantuan pentadbiran kepada JKKK.

Dalam majlis sebelumnya, Menteri Besar Terengganu itu sempat meluangkan masa melawat ladang rakyat tapak semaian kelapa sawit di ladang besol bagi membantu rakyat di negeri ini dalam usaha mengsifarkan kemiskinan rakyat negeri Terengganu.

Turut sama dalam majlis itu pemimpin-pemimpin diperingkat Bahagian, cawangan dan pemimpin-pemimpin sayap parti UMNO seterusnya para hadirin yang hadir memeriahkan majlis.

Dalam Akhir ucapan YAB Menteri Besar Terengganu menyeru rakyat supaya terus menyokong kerajaan Barisan Nasional kerana jasa bakti yang dicurahkan oleh kerajaan Barisan Nasional sangat besar berbanding pembangkang yang hanya pandai bercakap dan mengkritik kerajaan Barisan Nasional.


berita penuh

Sunday, November 7, 2010

BACAAN YASIN














KUSYUK……Ibu bapa dan pelajar mendengar amanat dan nasihat YB. Senator Hjh Zainun Binti A. Bakar.


DUNGUN – Majlis Bacaan Yasin untuk pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM 2010 telah dianjurkan oleh Majlis Pembangunan Wanita Kebangsaan ( MPWK ).

Majlis ini telah dirasmikan oleh Pengerusi MPWK iaitu YB. Senator Hjh Zainun Binti A. Bakar pada jam 9 pagi di Masjid Darul Ehsan Padang Jambu.

Seramai 200 orang yang terlibat dikalangan ibu bapa dan pelajar setempat, turut hadir pada majlis itu Pengerusi Masjid Darul Ehsan Tuan Hj Wahid Bin Abu Bakar dan ahli Jawatankuasanya.

DUNGUN HARI INI

berita penuh

PROGRAM KEKELUARGAAN 1 AZAM


TEKUN....Peserta mendengar ceramah



DUNGUN, 6 NOV 2010. LPPKN@KOMUNITI SURA bersama APMT DUN Sura dan Jawatankuasa Masjid Sg. Udang telah menganjurkan satu program kepada penduduk setempat bertujuan untuk meningkatkan kesejahteraan keluarga dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah.

Seramai 140 orang peserta yang terlibat terdiri daripada 100 orang dewasa yang dipilih melalui e-kasih dan 40 remaja yang berumur antara 13 hingga 19 tahun.

Pengisian program untuk dewasa antaranya seperti Parenting@HOME, SMARTbelanje@LPPKN, Ceramah kesihatan kesejahteraan keluarga dan sesi refleksi manakala untuk remaja slot-slot telah diisi dengan Modul I’m in control yang menerangkan tentang tanggungjawab seksual, pembuangan bayi dan rogol.

Perasmian penutup oleh YB. Senator Hjh Zainun Binti A. Bakar pada jam 5 petang berserta dengan pembahagian sumbangan hamper kepada peserta.

DUNGUN HARI INI

berita penuh

Saturday, November 6, 2010

Mangsa Bot "Karam" Di Temui Selamat

DUNGUN – Seramai 16 penumbang bot pelancong termasuk seorang kanak kanak berusia 4 tahun yang dikhuatiri karam dijumpai selamat apabila bot berkenaan berjaya ditemui diperairan Kemaman awal pagi tadi.

Kesemua 16 mangsa ditemui selamat dalam keadaan terapung kira-kira 12 batu nautika dari pulau berkenaan menghala ke Kuantan pagi ini.

Ketua Pasukan Gerakan Marin Wilayah Timur, Asisten Komisioner Mohd. Salleh Mat Jani berkata, kesemua mangsa iaitu sembilan lelaki dewasa, enam wanita dan seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun, ditemui dalam keadaan keletihan kira-kira pukul 10 pagi tadi oleh pasukan gerakan marin yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat.


Foto / Berita : Ahmad Rahmat Ramlee

berita penuh

Sunday, October 31, 2010

Kejohanan Futsal Piala MB

SYABAS...Aziahwati menyampaikan hadiah kepada pemenang pada Kejohanan Futsal Piala MB peringkat Dun Sura sambil diperhatikan oleh Azhar, semalam.

SURA - Kejohanan Futsal Piala YAB Menteri Besar Terengganu Peringkat Dun Sura berjaya menarik kira - kira 300 remaja menyertainya dimana kejohanan tersebut diadakan selama 2 hari mulai 29-30 haribulan semalam.

Kejohanan tersebut turut diwarnai dengan perlawanan persahabatan antara Jawatankuasa Penyelaras Pemuda Dun Sura  menentang pasukan Jawantankuasa Pemuda UMNO Bahagian Dungun sebelum perlawanan akhir berlangsung.
Sebanyak 16 pasukan lelaki dan 7 pasukan wanita menyertainya dan juara kategori lelaki dimenangi oleh pasukan Pemuda Kubang Miang manakala kategori wanita dimenangi oleh Puteri Batu 48.

Hadiah - hadiah disampaikan oleh Ketua Pergerakan Pemuda dan Puteri iaitu Azhar Jambul dan Aziahwati Abdullah, johan setiap kategori menerima piala iringan, medal serta wang tunai RM500 manakala naib johan menerima medal serta wang tunai RM400 dan tempat ke-3 dan ke-4 menerima medal juga wang tunai RM300 dan RM200.

Kejohanan yang dianjurkan oleh Pergerakan Pemuda & Puteri UMNO Bahagaian itu dilihat salah satu kaedah ramah mesra dengan golongan muda disamping membudayakan gaya hidup yang sihat bagi mengelakkan daripada golongan tersebut cenderong kepada aktiviti yang tidak sihat.

SOKONGAN...Antara penyokong yang hadir memberikan sokongan kepada pasukan kampung masing-masing.

Berita/Foto : Ahmad Rahmat Ramlee.

berita penuh

Wednesday, October 6, 2010

Lensa Dungun Hari Ini


MENGHIBURKAN...
Aksi pelajar dari Sekolah Kebangsaan Batu 48 Dungun yang menyampaikan lagu lagu nasyid pada Majlis Jamuan Raya anjuran Pejabat Pendidikan Dungun.

JAMU SELERA...
Tetamu yang hadir turut disajikan pelbagai juadah untuk dinikmati pada Majlis Jamuan Raya anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Dungun.

IKTIRAF...
Dato Rosli (kanan) menyampaikan sijil kepada peserta Program Pengimarahan Masjid - Masjid Negeri Terengganu bertempat di Rumbia Resort Paka baru - baru ini.

GURAUAN...
Dato Rosli Mat Hassan (kanan) sempat mengusik YBM Tengku Putra Tengku Awang sewaktu Program Perjumpaan Dato Seri Hisammudin Tun Hussien Bersama AJK 4 Peringkat Bahagian Dungun & Kemaman di Awana Kijal baru - baru ini.

berita penuh

Tuesday, September 28, 2010

Rumah Terbuka Aidilfitri APMT Dun Bukit Besi Sederhana Tapi Meriah



DUNGUN HARI INI


Bukit Besi, 29 Sept – APMT Dun Bukit Besi meneruskan kemeriahan Aidilfitri tahun ini dengan mengadakan rumah terbuka diperkarangan Pejabat APMT Bukit Besi hari ini.

Majlis yang bermula Jam 10 pagi ini disambut secara sederhana tetapi kemeriahannya tetap terasa dengan kehadiran ramai tetamu termasuk Yang Berhormat Senator Hjh. Zainun Bt. Abu Bakar, Exco UMNO Bahagian, Wanita serta sayap parti Pemuda, Puteri Bahagian dan cawangan juga tidak lupa kepada Jawatankuasa Kesalamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) kawasan Dun Bukit Besi. Turut menyerikan majlis, kehadiran APMT dari Dun lain.

Lebih memeriahkan suasana, juadah yang disediakan pada majlis kali ini adalah sumbangan dari setiap pegawai APMT Dun Bukit Besi sendiri. Dengan cara sebegini dapat mengeratkan lagi hubungan sesama warga APMT ini. Ukhwah yang terjalin ini sentiasa berterusan dengan kesefahaman yang terbukti ada dalam majlis ini.






suasana dirumah terbuka Aidilfitri APMT Dun Bukit Besi Hari ini.

berita penuh

Saturday, September 25, 2010

Lensa Dungun Hari Ini

SUASANA AIDILFITRI… Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT) Dun Paka turut menganjurkan rumah terbuka sempena Aidilfitri kali ini di pejabat agensi berkenaan baru – baru ini.

MERIAH…Pelbagai hidangan tradisional disajikan untuk pengunjung pada Rumah Terbuka anjuran Majlis Perbandaran Dungun baru – baru ini.

MENJAMU SELERA…Sate antara sajian yang paling menarik perhatian para pengunjung di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2010 anjuran Pejabat Tanah dan Daerah Dungun baru – baru ini.

Berita ini juga dapat diikuti di www.1dungun.com

berita penuh

Sunday, September 19, 2010

Ketua Penyelia APMT Dun Bukit Besi Nyaris Putus Kaki


Bersimen...keadaan kaki kiri bersimen setelah menerima rawatan di hospital

DUNGUN HARI INI


Jerangau, 19 sept - Ketua Penyelia APMT Dun Bukit Besi, En.Rosli bin Mohamad, bersyukur kerana mesin gergaji rantai yang digunakan nyaris terpotong kaki kirinya lewat petang kelmarin.

Kejadian tersebut berlaku apabila mesin gergaji rantai yang digunakan beliau hilang kawalan dan mencederakan kaki kirinya. Beliau mendapat rawatan di Hospital Dungun menerima 30 jahitan dan dibenarkan pulang setelah X-Ray mendapati bahagian yang terpotong tidak mengenai tulang.

Kakitangan APMT Dun Bukit Besi yang menerima berita itu bersama-sama mengunjungi rumah beliau di Kampung Jerangau semalam berharap semoga beliau cepat sembuh dan kembali bertugas seperti biasa secepat mungkin.


En.rosli ketika dikunjungi oleh kakitangan APMT dun Bukit Besi

berita penuh

SAMBUTAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI DUN BUKIT BESI MERIAH

DUNGUN HARI INI

SAMBUTAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI DUN BUKIT BESI MERIAH


Meriah...orang ramai berpusu-pusu menikmati sate yang disediakan

Bukit Besi, 18 sept - Sambutan rumah terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini terus disambut dengan meriah oleh warga DUN Bukit Besi tempoh hari di perkarangan pejabat ADUN Bukit Besi.

Majlis yang berlangsung seawal jam 10.00 pagi dan berakhir pada 3.00 petang itu telah menarik ramai penduduk setempat berkunjung memeriahkan sambutan pada kali ini.

Adun Bukit Besi Yang Berhormat Dato' Haji Din bin Adam turut hadir bersama-sama dif-dif jemputan dari peringkat UMNO Bahagian Dungun dan pemimpin-pemimpin setempat.

Pelbagai menu makanan telah disediakan untuk pengungjung. Majlis turut diserikan lagi dengan persembahan Live Band dari Band Pasir Raja dan Band Felda Jerangau.

lagi berita bergambar suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri...


Y.B Dato' Haji Din bin Adam menyambut tetamu yang hadir



Menjamu Selera...Antara Dif-dif jemputan yang hadir memeriahkan majlis




Persembahan Live Band menghiburkan tetamu



berita penuh

Saturday, September 18, 2010

Dedikasi Aidilfitri Ketua Umno Bahagian Dungun


DUNGUN HARI INI

berita penuh

Tuesday, August 31, 2010

Lensa Dungun Hari Ini

SUMBANGAN...Pengerusi Yayasan Pelajaran MARA, Dato Rosli menyampaikan sumbangan kepada kanak - kanak istimewa sempena Program Rahmat Ramadhan di Masjid Felda Kerteh 04, Ketengah Jaya.
DUNGUN HARI INI

berita penuh

Lensa Dungun Hari Ini


SEMANGAT MERDEKA...Hampir 1500 warga Dungun pelbagai kaum hadir memeriahkan sambutan Ambang Merdeka Peringkat Parlimen Dungun di perkarangan D'Gate Bistro & Cafe, Sura Gate anjuran Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu Parlimen Dungun.

 DUNGUN HARI INI

berita penuh

Thursday, August 5, 2010

Warga Emas Tanpa Waris Ditemui Mati

Berita dan foto oleh : Ahmad Rahmat Bin Ramlee

DUNGUN – Seorang warga emas Samah Bin Sulaiman (gambar kecil) yang tinggal bersendirian ditemui mati di rumah sewa tanpa no di Kampung Alur Tembesu, Sura Gate.

Jenazah warga emas berkenaan dihantar ke Hospital Dungun oleh pihak polis dan pihak hospital mengesahkan mangsa telah meninggal dunia pada sebelah pagi sebelum ditemui oleh anak kepada penyewa rumah berkenaan kira – kira jam 2.00 petang pada hari Selasa yang lalu.

Bagaimanapun jenazah Samah dikebumikan oleh pihak JKKK Alur Tembesu pada pagi tadi di Tanah Perkuburan Syed Yahaya setelah tiada waris yang menuntut jenazah berkenaan.

Polis mengklasifikasikannya sebagai kes kematian biasa dan tiada sebarang unsur jenayah.

Berita ini juga boleh diikuti di www.1dungun.com


DUNGUN HARI INI

berita penuh

Monday, July 26, 2010

Bantuan Raya Untuk Remaja

Dana Bakti Remaja Dun Sura

RINGANKAN BEBAN...Sebahagian belia menerima sumbangan dana daripada kerajaan negeri Terengganu.

DUNGUN 25 Julai - Sebagai meringankan beban belia-belia yang masih belum berumah tangga untuk persedian membeli kelengkapan bagi menyambut Aidilfitri tidak lama lagi, pihak kerajaan negeri Terengganu memperuntukkan sejumlah besar wang untuk diagihkan kepada golongan berkenaan.

Mereka yang terpilih menerima imbuhan sebanyak RM200 dan ianya diagihkan lebih awal sebelum Ramadhan kerana sudah menjadi kebiasaan bagi masyarakat di sini memdapatkan pakaian untuk menyambut hari raya lebih awal.

Tinjauan kami di Dewan Majlis Perbandaran Dungun pada hari ini seramai 846 penerima layak menerima imbuhan berkenaan dan ianya merupakan sumbangan kerajaan kerajaan negeri sebagai tanda terima kasih kerajaan di atas sumbangan golongan berkenaan kepada kemakmuran dan pembangunan negeri daripada pelbagai aspek.

Bagi kawasan di bawah Dewan Undangan Negeri (DUN) Sura, salah satu dun yang berada dalam parlimen Dungun pengagihan ini dijalankan secara berperingkat selama 3 hari bermula semalam sehingga 27 haribulan ini.

Artikel ini juga boleh diikuti di www.1dungun.co.cc

berita penuh

Thursday, July 1, 2010

Berita Bergambar : Jun 2010

Artikel ini juga dapat dilihat di www.1dungun.blogspot.comIMG_1448

MELEPASKAN PENAT…Sebahagian pelajar yang terlibat dalam Program Remaja Bersama Warga Emas anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Dungun baru – baru ini di Kampung Bukit Chatak Dungun. Foto - Ahmad Rahmat Bin Ramlee

IMG_1364

TERUJA…Antara pengunjung di Pesta Pekan Budaya Daerah Dungun yang sempat meluangkan masa menonton Wayang Kulit. Foto – Ahmad Rahmat Bin Ramlee

IMG_1373

DEMAN BOLA…Sebilangan belia menonton perlawanan boa sepak Piala Dunia bertempat di Mayang Sari Resort Dungun anjuran Penyelaras Pemuda UMNO Dun Rantau Abang – Foto : Ahmad Rahmat Bin Ramlee

berita penuh

Thursday, June 17, 2010

Juara Rakyat Parlimen Dungun

_MG_0488

SIMBOLIK…Ketua UMNO Bahagian Dungun memotong reben penyerahan Proton EXORA sebagai kenderaan rasmi Skuad Sayang Parlimen Dungun.

DUNGUN 15 Jun – Sempena Juara Rakyat Bulan Wanita & Keluarga Parlimen berkenaan Jalinan Mesra Skuad Sayang turut dilancarkan di Dewan Perbandaran.

Majlis perasmian skuad berkenaan dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dato (Dr) Rosli Mat Hasan yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian

berita penuh

RM1 Billion Diperuntukkan Kepada Dungun

a_MG_0224 PENERANGAN…Yang Berbahagia Datuk As`ari Ibrahim menyampaikan ucapan sambil diperhatikan oleh Yang Berbahagian Dato (Dr) Rosli Mat Hasan

DUNGUN 14 Jun : YB Datuk As`ari Bin Ibrahim mengumumkan RM1 billion sebagaimana yang diperlukan bagi membangunkan daerah ini akan diluluskan secara berperingkat - peringkat, beliau yang juga merupakan setiausaha politik kepada Menteri Kerja Raya menyatakan sedemikian dalam siri lawatan kementerian berkenaan ke negeri ini.

Dalam pada itu satu Dialog Bersama Kementerian berkenaan turut diadakan bersama kontraktor-kontraktor dan kepimpinan masyarakat di Dewan Perbandaran.

Majlis berkenaan yang turut dihadiri oleh Yang Berbahagia Dato (Dr) Rosli Bin Mat Hassan Ketua UMNO Bahagia Dungun.

Beliau turut menyelar sesetengah pihak yang tidak bersetuju dengan pembangunan terutamanya golongan pembangkang yang memberikan tanggapan yang salah kepada masyarakat kononnya pembangunan adalah satu pembaziran.

berita penuh

Yang Lama Tidak Dipinggirkan

DUNGUN 12 Jun : Dato (Dr) Rosli Bin Mat Hasan berkata, veteran-veteran parti merupakan golongan yang berjasa besar dalam perjuangkan serta memartabatkan parti sememangnya tidak dipinggirkan.

Menurut beliau juga, UMNO Bahagian Dungun sentiasa memberikan sokongan dan juga mengharapkan golongan sebegini kerana jika tidak ada yang lama pasti tidak ada yang baru.

Beliau berkata demikian sewaktu berucap bagi merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Veteran UMNO Bahagian Dungun kali ke –4 di Dewan Majlis Perbandaran.

berita penuh

Thursday, June 10, 2010

Golongan Muda Perlu Tahu Erti Pemimpin

MARANG – Ketua UMNO Bahagian Dungun, Dato (Dr) Rosli Bin Mat Hassan (gambar kecil) menegaskan golongan muda hari ini perlu memahami erti kepimpinan kerana setiap individu adalah memimpin jika tidak kepada organisasi dan masyarakat sekurang – kurangnya menjadi pemimpin kepada diri sendiri.
dato rosli
Beliau turut menyatakan bahawa golongan pemuda dan pemudi merupakan generasi pelapis kepada kepimpinan yang sedia ada kini, beliau sendiri mengakui bahawa suatu masa dahulu sewaktu beliau masih remaja, beliau selalu menidakkan apabila ada suara – suara yang menyatakan sedemikian tetapi kini semuanya adalah kenyataan.

Beliau berkata demikian sewaktu berucap merasmikan penutup kepada Program Saya Anak Terengganu “Team Building” Parlimen Dungun di Pulau Kapas pada hari terakhir program yang dijalankan pada 3 hingga 5 Jun baru – baru ini.

Program berkenaan dihadiri seramai 119 peserta terdiri daripada kepimpinan muda peringkat cawangan di seluruh parlimen Dungun.

Modul – modul yang dijalani oleh peserta selama 3 hari 2 malam di pulau berkenaan antaranya Mengenali Erti Kepimpinan, Mengenali Erti Pengorbanan, Sahsiah Diri, dan pelbagai aktiviti yang meningkatkan jatidiri serta mengeratkan silaturrahim antara satu sama lain.

IMG_0046 IMG_0064 IMG_0129  IMG_0147 IMG_0209 IMG_0168

berita penuh

Wednesday, June 2, 2010

"Saya Anak Terengganu" Berada Di Dungun

DUNGUN, 27 Mei – Kursus Potensi Diri anjuran Yayasan Pembangunan Keluarga telah dilaksanakan dengan jayanya selama dua hari pada 26 dan 27 Mei yang lalu bertempat di Mayang Sari Resort, Dungun.

Kursus yang dijalankan dengan kerjasama Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Dungun itu adalah salah satu daripada pelaksanaan di bawah pakej Program Saya Anak Terengganu.

Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian bertanggungjawab dalam mencari dan menyediakan peserta kursus.

Kursus ini dijalankan secara dua peringkat dengan hari pertama mensasarkan , di mana hari pertama ianya dikhususkan untuk golongan belia yang sudah bekerja ataupun sudah mempunyai keluarga, manakala pada hari berikutnya disasarkan kepada pelajar – pelajar di kolej – kolej swasta sekitar bandar ini.

Kursus ini dikendalikan oleh seorang fasilitator yang cukup terkenal Mohd Rizal Hassan yang berpegalaman luas dalam bidang berkenaaan, beliau merupakan seorang pengamal Neuro Linguistic Programming dan seorang Jurulatih (NLP Coach) yang bertauliah.

Beliau pernah mengadakan program terkenal beliau iaitu “Take Charge!” dihadapan 4000 pelajar tahun pertama di Universiti Malaysia Sabah pada tahun 2006.

Menurut beliau, selain daripada program sebegini, beliau turut mengendalikan latihan yang pelbagai topik antaranya, pembangunan kendiri, motivasi, perkhidmatan pelanggan, komunikasi, teknik jualan, dan membina pasukan.

Rata – rata peserta yang ditemui sewaktu kursus berlangsung merasakan amat teruja dengan program berkenaan, ini kerana cara penyampaian fasilitator begitu berlainan daripada yang pernah mereka temui dengan pelbagai aktiviti yang menghilangkan rasa bosan serta praktikal yang memberikan pemahaman yang menyeronokkan.

“ Ini kali pertama saya menemui satu kursus yang cukup menyeronokkan serta tidak membosankan, pada saya ini satu – satunya kursus yang dijalankan secara in-door yang sedikit pun tidak ada rasa mengantuk kerana cara penyampaian Encik Rizal membuatkan saya rasa seronok dan beliau sememangnya seorang yang lucu serta berkarisma” katanya Amir, 23 salah seorang peserta, walaupun telah mengikuti program berkenaan pada tahun lepas beliau merasakan tidak rugi untuk mengikutinya lagi tahun ini malah pada tahun – tahun yang akan datang beliau akan turut menyertainya.

DUNGUN HARI INI

berita penuh

Monday, May 17, 2010

PROGRAM JUARA RAKYAT DUN BUKIT BESI ERAT SILATURAHIM

Bukit Besi: Program Juara Rakyat peringkat Dun Bukit Besi berjaya mendekatkan diri pemimpin dan pegawai kerajaan dengan penduduk luar Bandar melalui aktiviti kemasyarakatan untuk membela rakyat terutamanya yang kurang bernasib baik.
DUNGUN HARI INI

Ia dibuktikan melalui program gotong-royong yang diadakan serentak diseluruh kampung didalam Dun Bukit Besi, jumaat lepas.

Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Besi Dato’ Haji Din bin Adam, turut hadir bersama-sama penduduk menjayakan program ini.

“Program Juara Rakyat ini berkesan untuk menjiwai denyut nadi rakyat di luar Bandar dan miskin yang sangat memerlukan pembelaan daripada pemimpin kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan syarikat swasta,” katanya.

Selain itu,program yang berjalan selama 2 hari 1 malam di Bandar Al-Muktafi Billah Shah, turut mengadakan pelbagai acara antaranya futsal, bola jaring, sukaneka dan persembahan oleh artis terkenal tanah air pada malamnya mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk.

Majlis yang berakhir pada hari sabtu lalu telah disempunakan penutupnya oleh Pegawai Daerah Dungun, En.Mustafa Abdul Rahman dan turut dihadiri Ketua UMNO Bahagian Dungun Dato’ Dr. Haji Rosli Mat Hassan serta barisan pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO bahagian Dungun.

berita penuh

Wednesday, May 12, 2010

Gotong royong membasmi aedes







Taklimat…oleh azrul hisyam bin azmi,28 (tengah)

Paka Pejabat kesihatan bersama jkkk kampung sura lapangan terbang mengadakan aktiviti gotong royong bagi membersih kawasan kediaman masing –masing untuk membentras nyamuk aedes baru-baru ini.










DUNGUN HARI INI

berita penuh

Semangat pemuda






Semangat…pemuda kerteh 2 diketuai oleh che zulkifli bin che noh (kanan berdiri)

Paka Seramai 30 pemuda Umno kerteh 2 menyertai program memasang bendera sempena menyambut ketibaan vip-vip pada 10/04/2010 baru –baru ini.

















DUNGUN HARI INI

berita penuh