Monday, May 17, 2010

PROGRAM JUARA RAKYAT DUN BUKIT BESI ERAT SILATURAHIM

Bukit Besi: Program Juara Rakyat peringkat Dun Bukit Besi berjaya mendekatkan diri pemimpin dan pegawai kerajaan dengan penduduk luar Bandar melalui aktiviti kemasyarakatan untuk membela rakyat terutamanya yang kurang bernasib baik.
DUNGUN HARI INI

Ia dibuktikan melalui program gotong-royong yang diadakan serentak diseluruh kampung didalam Dun Bukit Besi, jumaat lepas.

Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Besi Dato’ Haji Din bin Adam, turut hadir bersama-sama penduduk menjayakan program ini.

“Program Juara Rakyat ini berkesan untuk menjiwai denyut nadi rakyat di luar Bandar dan miskin yang sangat memerlukan pembelaan daripada pemimpin kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan syarikat swasta,” katanya.

Selain itu,program yang berjalan selama 2 hari 1 malam di Bandar Al-Muktafi Billah Shah, turut mengadakan pelbagai acara antaranya futsal, bola jaring, sukaneka dan persembahan oleh artis terkenal tanah air pada malamnya mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk.

Majlis yang berakhir pada hari sabtu lalu telah disempunakan penutupnya oleh Pegawai Daerah Dungun, En.Mustafa Abdul Rahman dan turut dihadiri Ketua UMNO Bahagian Dungun Dato’ Dr. Haji Rosli Mat Hassan serta barisan pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO bahagian Dungun.

No comments:

Post a Comment