Friday, August 26, 2011

Kanak Kanak Nyaris Maut Disembelih Bapa

Gambar : DETIK CEMAS...Rosli ditemani Pegawai Kebajikan Daerah Dungun mendengar cerita yang disampaikan oleh Hasmah Kadmin 46, detik detik yang hampir meragut nyawa anaknya.


DUNGUN: Kanak-kanak berusia 4 tahun yang dikelar bapa kandung dikunjungi oleh Dato Rosli Mat Hassan dikediaman keluarga berkenaan di Kg. Alur Tembesu, Sura Gate.


Beliau selaku Pegawai Pembangunan DUN Sura turut menyampaikan sumbangan peribadi RM1000 kepada adik Putri Intan Syawani.


Dalam kejadian Sabtu lalu kanak-kanak berkenaan nyaris maut disembelih bapa kandung dalam kejadian di laluan lebuhraya berdekatan Bukit Besi, Dungun dalam perjalanan pulang ke Kedah.

Walaubagaimanapun diselamatkan polis yang secara kebetulan melalui lokasi berkenaan.


Bapa kandung kanak kanak berkenaan Shahli Harun, 42 dari Gurun, Kedah tidak mengaku salah selepas pertuduhan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cuba membunuh yang dibaca oleh Timbalan Pendakwaraya, Masriwani Mahmud@Mamat dihadapan hakim Tuan Zainal Abidin Kamaruddin di Mahkamah Seksyen Kuala Terengganu.

Published with Blogger-droid v1.7.4

berita penuh