Friday, November 26, 2010

Lawatan YAB Datuk Seri Hj Ahmad b Said ke Ladang Besol dan Pasir Raja


YAB Dato Seri Hj. Ahmad Bin Said sempat beramah mesra dengan penduduk Kg. Pasir Raja

DUNGUN HARI INI


Bukit Besi 25,Nov 2010 - YAB Datuk Seri Hj. Ahmad Bin Said hadir ke Ladang dan Kg. Pasir Raja dalam lawatan kerjanya selama satu hari semalam seterusnya merasmikan majlis CSR: Pemimpin Bersama Rakyat dan penyerahan bantuan Paip Poly Kg.Pasir Raja yang disumbangkan oleh kumpulan Kayu Kayan Terengganu Sd. Bhd. serta bantuan pentadbiran kepada JKKK.

Dalam majlis sebelumnya, Menteri Besar Terengganu itu sempat meluangkan masa melawat ladang rakyat tapak semaian kelapa sawit di ladang besol bagi membantu rakyat di negeri ini dalam usaha mengsifarkan kemiskinan rakyat negeri Terengganu.

Turut sama dalam majlis itu pemimpin-pemimpin diperingkat Bahagian, cawangan dan pemimpin-pemimpin sayap parti UMNO seterusnya para hadirin yang hadir memeriahkan majlis.

Dalam Akhir ucapan YAB Menteri Besar Terengganu menyeru rakyat supaya terus menyokong kerajaan Barisan Nasional kerana jasa bakti yang dicurahkan oleh kerajaan Barisan Nasional sangat besar berbanding pembangkang yang hanya pandai bercakap dan mengkritik kerajaan Barisan Nasional.


berita penuh

Sunday, November 7, 2010

BACAAN YASIN














KUSYUK……Ibu bapa dan pelajar mendengar amanat dan nasihat YB. Senator Hjh Zainun Binti A. Bakar.


DUNGUN – Majlis Bacaan Yasin untuk pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM 2010 telah dianjurkan oleh Majlis Pembangunan Wanita Kebangsaan ( MPWK ).

Majlis ini telah dirasmikan oleh Pengerusi MPWK iaitu YB. Senator Hjh Zainun Binti A. Bakar pada jam 9 pagi di Masjid Darul Ehsan Padang Jambu.

Seramai 200 orang yang terlibat dikalangan ibu bapa dan pelajar setempat, turut hadir pada majlis itu Pengerusi Masjid Darul Ehsan Tuan Hj Wahid Bin Abu Bakar dan ahli Jawatankuasanya.

DUNGUN HARI INI

berita penuh

PROGRAM KEKELUARGAAN 1 AZAM


TEKUN....Peserta mendengar ceramah



DUNGUN, 6 NOV 2010. LPPKN@KOMUNITI SURA bersama APMT DUN Sura dan Jawatankuasa Masjid Sg. Udang telah menganjurkan satu program kepada penduduk setempat bertujuan untuk meningkatkan kesejahteraan keluarga dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah.

Seramai 140 orang peserta yang terlibat terdiri daripada 100 orang dewasa yang dipilih melalui e-kasih dan 40 remaja yang berumur antara 13 hingga 19 tahun.

Pengisian program untuk dewasa antaranya seperti Parenting@HOME, SMARTbelanje@LPPKN, Ceramah kesihatan kesejahteraan keluarga dan sesi refleksi manakala untuk remaja slot-slot telah diisi dengan Modul I’m in control yang menerangkan tentang tanggungjawab seksual, pembuangan bayi dan rogol.

Perasmian penutup oleh YB. Senator Hjh Zainun Binti A. Bakar pada jam 5 petang berserta dengan pembahagian sumbangan hamper kepada peserta.

DUNGUN HARI INI

berita penuh

Saturday, November 6, 2010

Mangsa Bot "Karam" Di Temui Selamat

DUNGUN – Seramai 16 penumbang bot pelancong termasuk seorang kanak kanak berusia 4 tahun yang dikhuatiri karam dijumpai selamat apabila bot berkenaan berjaya ditemui diperairan Kemaman awal pagi tadi.

Kesemua 16 mangsa ditemui selamat dalam keadaan terapung kira-kira 12 batu nautika dari pulau berkenaan menghala ke Kuantan pagi ini.

Ketua Pasukan Gerakan Marin Wilayah Timur, Asisten Komisioner Mohd. Salleh Mat Jani berkata, kesemua mangsa iaitu sembilan lelaki dewasa, enam wanita dan seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun, ditemui dalam keadaan keletihan kira-kira pukul 10 pagi tadi oleh pasukan gerakan marin yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat.


Foto / Berita : Ahmad Rahmat Ramlee

berita penuh