Thursday, November 10, 2011

Published with Blogger-droid v2.0.1

berita penuh

Sunday, October 30, 2011

BERITA BERGAMBAR : 3 Rumah Hangus Di Jilat Api

HANGUS...Tidak sampai 15 minit 3 buah rumah ranap dijilat api dalam kejadian 9.45 malam semalam.
BERTUNGKUS-LUMUS...Pasukan Bomba dan Penyelamat berusaha memadamkan kebakaran, kedatangan orang ramai yang mahu melihat kebakaran menyebabkan kesesakan lalulintas menghalang pergerakan jentera Bomba tiba ke tempat kejadian.
HIBA...Pengerusi JKKK Alur Tembesu Tn. Haji Ramlee Abd Rahman menenangkan salah seorang mangsa kebakaran yang sayu melihat kemusnahan harta benda milik beliau.

SUMBANGAN... Hafizu Din, Pegawai Khas kepada Dato Wira Rosli Mat Hassan (Pegawai Pembangunan Dun Sura) menyampaikan sumbangan segera kepada mangsa sambil diperhatikan oleh Pengerusi JKKK Alur Tembesu, Tn Haji Ramlee

SUMBANGAN... Hafizu Din, Pegawai Khas kepada Dato Wira Rosli Mat Hassan (Pegawai Pembangunan Dun Sura) menyampaikan sumbangan segera kepada mangsa.

SUMBANGAN... Hafizu Din, Pegawai Khas kepada Dato Wira Rosli Mat Hassan (Pegawai Pembangunan Dun Sura) menyampaikan sumbangan segera kepada mangsa

berita penuh

Sunday, October 16, 2011

475 Murid Tahun 4 Terima eBook

TERUJA...Ibu bapa dan pelajar penerima eBook mendengar ucapan perasmian oleh Dato Wira Rosli Mat Hassan.

SURA...Pelajar tahun 4 sekolah-sekolah sekitar DUN Sura bagi tahun 2011 hari ini menerima agihan eBook yang disediakan oleh kerajaan negeri.

Majlis yang berlangsung di Dewan Utama Majlis Perbandaran Dungun berkenaan disempurnakan oleh Dato Wira Rosli Mat Hassan, Pegawai Pembangunan DUN Sura yang mewakili Yang Amat Berhormat Dato Seri Ahmad Said, Menteri Besar Terengganu.
Published with Blogger-droid v1.7.4
Published with Blogger-droid v1.7.4

berita penuh

Wednesday, October 12, 2011

Berita Bergambar

POTONG KEK...Timbalan Perdana Menteri memotong kek sempena Sambutan Aidilfitri yang diadakan di Dungun baru-baru ini
Published with Blogger-droid v1.7.4

berita penuh

Friday, August 26, 2011

Kanak Kanak Nyaris Maut Disembelih Bapa

Gambar : DETIK CEMAS...Rosli ditemani Pegawai Kebajikan Daerah Dungun mendengar cerita yang disampaikan oleh Hasmah Kadmin 46, detik detik yang hampir meragut nyawa anaknya.


DUNGUN: Kanak-kanak berusia 4 tahun yang dikelar bapa kandung dikunjungi oleh Dato Rosli Mat Hassan dikediaman keluarga berkenaan di Kg. Alur Tembesu, Sura Gate.


Beliau selaku Pegawai Pembangunan DUN Sura turut menyampaikan sumbangan peribadi RM1000 kepada adik Putri Intan Syawani.


Dalam kejadian Sabtu lalu kanak-kanak berkenaan nyaris maut disembelih bapa kandung dalam kejadian di laluan lebuhraya berdekatan Bukit Besi, Dungun dalam perjalanan pulang ke Kedah.

Walaubagaimanapun diselamatkan polis yang secara kebetulan melalui lokasi berkenaan.


Bapa kandung kanak kanak berkenaan Shahli Harun, 42 dari Gurun, Kedah tidak mengaku salah selepas pertuduhan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cuba membunuh yang dibaca oleh Timbalan Pendakwaraya, Masriwani Mahmud@Mamat dihadapan hakim Tuan Zainal Abidin Kamaruddin di Mahkamah Seksyen Kuala Terengganu.

Published with Blogger-droid v1.7.4

berita penuh

Wednesday, July 13, 2011

BERITA BERGAMBAR : Program Penyampaian Pakaian Raya Murid Yatim Sekolah Daerah Dungun

RASMI...Pegawai Penyelia APMT Parlimen Dungun Azadi Rosli berucap ketika merasmikan program berkenaan
Published with Blogger-droid v1.7.2

berita penuh

Tuesday, June 28, 2011

Bukit Chatak Tengah, Sungai Buaya johan bersama

SIAPA KUAT...Sebahagian daripada peserta acara tarik tali dari kalangan masyarakat Cina.
SURA, Bagi memupuk semangat kebersamaan segenap lapisan masyarakat yang berada di dalam DUN Sura, UMNO DUN Sura mencetuskan idea bagi menjalankan Sukan Rakyat Dun Sura 2011.
Hampir 1000 peserta terlibat dalam pelbagai acara antaranya tarik tali, sepak takraw, bola jaring, futsal, bola cetong, dan pelbagai acara sukaneka.
Kejohanan yang berlangsung selama 2 hari mulai 24 Jun baru-baru ini dirasmikan oleh Pegawai Pembangunan Dun Sura, Dato Dr. Haji Rosli Mat Hassan.
Bukit Chatak Tengah dan Sungai Buaya mendapat markah tertinggi dinobatkan sebagai johan bersama keseluruhan mengungguli sukan rakyat yang julung kali diadakan.

SUMBER : www.1dungun.com

berita penuh