Sunday, May 9, 2010

KEBAJIKAN MANGSA KEBAKARAN TERBELA





Haji Matulidi Bin Jusoh ( berbaju ungu) memberi sumbangan kepada mangsa kebakaran.



Kg Gemia, Paka – Nasib malang yang menimpa keluarga Salleh Bin Yusof, 58, setelah rumah yang didiami mangsa selama ini musnah dalam kebakaran sedikit sebanyak dapat diubati setelah Ahli Parlimen Dungun, Haji Matulidi Bin Jusoh turun padang bagi melihat sendiri keadaan pasca kebakaran.


Walaupun mempunyai jadual yang padat, Haji Matulidi Bin Jusoh tetap meluangkan masa beliau melawat mangsa kebakaran dan menyumbangkan sedikit sumbangan bagi meringankan beban yang ditanggung oleh mereka.

Dalam kejadian tersebut, rumah mangsa hangus dijilat api yang dikatakan berpunca daripada litar pintas semasa mangsa sedang menunaikan solat di surau berdekatan dan hanya ahli keluarga beliau yang berada di rumah. Walaubagaimana pun, semua ahli keluarga beliau terselamat ketika kejadian itu.








DUNGUN HARI INI

No comments:

Post a Comment