Wednesday, June 2, 2010

"Saya Anak Terengganu" Berada Di Dungun

DUNGUN, 27 Mei – Kursus Potensi Diri anjuran Yayasan Pembangunan Keluarga telah dilaksanakan dengan jayanya selama dua hari pada 26 dan 27 Mei yang lalu bertempat di Mayang Sari Resort, Dungun.

Kursus yang dijalankan dengan kerjasama Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Dungun itu adalah salah satu daripada pelaksanaan di bawah pakej Program Saya Anak Terengganu.

Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian bertanggungjawab dalam mencari dan menyediakan peserta kursus.

Kursus ini dijalankan secara dua peringkat dengan hari pertama mensasarkan , di mana hari pertama ianya dikhususkan untuk golongan belia yang sudah bekerja ataupun sudah mempunyai keluarga, manakala pada hari berikutnya disasarkan kepada pelajar – pelajar di kolej – kolej swasta sekitar bandar ini.

Kursus ini dikendalikan oleh seorang fasilitator yang cukup terkenal Mohd Rizal Hassan yang berpegalaman luas dalam bidang berkenaaan, beliau merupakan seorang pengamal Neuro Linguistic Programming dan seorang Jurulatih (NLP Coach) yang bertauliah.

Beliau pernah mengadakan program terkenal beliau iaitu “Take Charge!” dihadapan 4000 pelajar tahun pertama di Universiti Malaysia Sabah pada tahun 2006.

Menurut beliau, selain daripada program sebegini, beliau turut mengendalikan latihan yang pelbagai topik antaranya, pembangunan kendiri, motivasi, perkhidmatan pelanggan, komunikasi, teknik jualan, dan membina pasukan.

Rata – rata peserta yang ditemui sewaktu kursus berlangsung merasakan amat teruja dengan program berkenaan, ini kerana cara penyampaian fasilitator begitu berlainan daripada yang pernah mereka temui dengan pelbagai aktiviti yang menghilangkan rasa bosan serta praktikal yang memberikan pemahaman yang menyeronokkan.

“ Ini kali pertama saya menemui satu kursus yang cukup menyeronokkan serta tidak membosankan, pada saya ini satu – satunya kursus yang dijalankan secara in-door yang sedikit pun tidak ada rasa mengantuk kerana cara penyampaian Encik Rizal membuatkan saya rasa seronok dan beliau sememangnya seorang yang lucu serta berkarisma” katanya Amir, 23 salah seorang peserta, walaupun telah mengikuti program berkenaan pada tahun lepas beliau merasakan tidak rugi untuk mengikutinya lagi tahun ini malah pada tahun – tahun yang akan datang beliau akan turut menyertainya.

DUNGUN HARI INI

No comments:

Post a Comment