Thursday, June 10, 2010

Golongan Muda Perlu Tahu Erti Pemimpin

MARANG – Ketua UMNO Bahagian Dungun, Dato (Dr) Rosli Bin Mat Hassan (gambar kecil) menegaskan golongan muda hari ini perlu memahami erti kepimpinan kerana setiap individu adalah memimpin jika tidak kepada organisasi dan masyarakat sekurang – kurangnya menjadi pemimpin kepada diri sendiri.
dato rosli
Beliau turut menyatakan bahawa golongan pemuda dan pemudi merupakan generasi pelapis kepada kepimpinan yang sedia ada kini, beliau sendiri mengakui bahawa suatu masa dahulu sewaktu beliau masih remaja, beliau selalu menidakkan apabila ada suara – suara yang menyatakan sedemikian tetapi kini semuanya adalah kenyataan.

Beliau berkata demikian sewaktu berucap merasmikan penutup kepada Program Saya Anak Terengganu “Team Building” Parlimen Dungun di Pulau Kapas pada hari terakhir program yang dijalankan pada 3 hingga 5 Jun baru – baru ini.

Program berkenaan dihadiri seramai 119 peserta terdiri daripada kepimpinan muda peringkat cawangan di seluruh parlimen Dungun.

Modul – modul yang dijalani oleh peserta selama 3 hari 2 malam di pulau berkenaan antaranya Mengenali Erti Kepimpinan, Mengenali Erti Pengorbanan, Sahsiah Diri, dan pelbagai aktiviti yang meningkatkan jatidiri serta mengeratkan silaturrahim antara satu sama lain.

IMG_0046 IMG_0064 IMG_0129  IMG_0147 IMG_0209 IMG_0168

No comments:

Post a Comment