Wednesday, April 28, 2010

KURSUS PENYEMBELIHAN ANJURAN KEMAS PARLIMEN DUNGUN


Kusyuk...peserta kursus penyembelihan sedang membahagikan sembelihan


Kg. Pinang Baru, 26 April - KEMAS Parlimen Dungun dengan kerjasama JKKK Kg. Pinang Baru telah mengadakan kursus penyembelihan di perkarangan surau Kg. Pinang Baru, Dungun baru-baru ini.


Penceramah yang dijemput khas dari Pejabat Agama Dungun ini telah menarik seramai 35 orang peserta menghadiri kursus terdiri daripada penduduk Kg. Pinang Baru, Kg. Wa, Kg. Lentang dan Jerangau sempat menyempurnakan sembelihan 3 ekor lembu, 5 ekor itik serta 35 ekor ayam dengan jayanya.

Menurut Mohd Jali Bin Mohamad, Pengerusi JKKK Kg. Pinang Baru, penganjuran kursus ini adalah untuk memberi penerangan lebih terperinci tentang penyembelihan dari sudut agama islam. "program ini juga dapat mengeratkan tali persaudaraan dan silaturahim antara penduduk kampung," katanya lagi.

Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Ahli Parlimen Dungun, Y.B Matulidi Bin Jusoh yang turut disertai oleh Adun Bukit Besi Y.B Dato' Haji Din Bin Adam.

berita penuh

Monday, April 26, 2010

Duduk…Ketua Ahli kelab Terengganu Turtle Crew (berbaju hijau) bersama-sama Ahli Kelab Permotoran Remaja Kampung Nyior.


Seramai 30 orang Ahli Kelab Permotoran Remaja Kampung Nyior dan Kelab Terengganu Turtle Crew menderma darah sempena Kempen Derma Darah dan Taklimat Keselamatan Jalan Raya yang diadakan dibangunan JKKK Kampung Nyior pada 24 April 2010 lalu.


Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) telah memberikan taklimat khusus mengenai keselamatan jalan raya kepada peserta yang hadir.













DUNGUN HARI INI

berita penuh

Wednesday, April 14, 2010

Menteri Rasmi Ulang Tahun ke-37 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)



AMBS, 12 April – Y.A.B Dato’ Seri Haji Mohd Shafie Bin Haji Apdal, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, merasmikan sambutan ulang tahun ke-37 KETENGAH bertempat di Dewan Balora Bandar Al-Muktafi Billah Shah, Dungun.


Turut hadir majlis ini adalah Exco Kerajaan Negeri, Pengarah KETENGAH serta pegawai-pegawai tertinggi KETENGAH dan pemimpin-pemimpin setempat.

Sambutan dimeriahkan lagi dengan penganjuran Karnival Usahawan Wilayah KETENGAH serta gerai-gerai pameran selama 3 hari yang akan berakhir pada 14 april ini.

Menurut pengunjung yang datang, sambutan kali ini lebih meriah daripada sebelumnya kerana kehadiran menteri ke kampung menunjukkan beliau bersama-sama ‘turun padang’ selari dengan slogan ‘1 Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan’.


DUNGUN HARI INI

berita penuh

Dato’ Seri Mohd Shafie Apdal ke Program Mesra Rakyat Dan Penyerahan Kunci Rumah PPRT




Jerangau, 12 April – Dua majlis berbeza dalam sehari tidak menghalang Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Dato’ Seri Haji Mohd Shafie Bin Haji Apdal meluangkan masa bersama-sama penduduk Kampung Lentang bagi meraikan program Mesra Rakyat dan penyerahan kunci rumah PPRT kepada penduduk yang sebelum itu ke majlis perasmian ulang tahun KETENGAH di AMBS.


Pada majlis tersebut, seramai 20 orang penerima rumah PPRT menerima kunci rumah masing-masing yang turut disaksikan oleh Yang Berhormat Ahli Parlimen Dungun Haji Matulidi Bin Jusoh, Exco Kerajaan Negeri Terengganu Dato’ Za’aba Bin Mohd Adip serta Yang Berhormat Adun Bukit Besi, Dato’ Haji Din Bin Adam.

Program ini adalah sebahagian daripada rancangan pembangunan kerajaan negeri Terengganu yang memberi bantuan kepada rakyat miskin negeri ini bagi meningkatkan taraf hidup selaras dengan sasaran kerajaan ‘kemiskinan sifar’ menjelang 2020.

Menurut Rosli Ghazali, 37,ahli Jawatankuasa JKKK Kg. Lentang, berharap program seumpama ini akan terus dilaksakan oleh kerajaan pada masa hadapan dan berterima kasih kepada kerajaan sekarang kerana tidak meminggirkan penduduk di pedalaman untuk terus menikmati bantuan.


DUNGUN HARI INI

berita penuh

Wednesday, April 7, 2010

'DUNGUN MEMBANGUN' PANEL CONTINUES TO CONTRIBUTE

KUALA LUMPUR, March 18 – ‘Malam Panel Dungun Membangun’ was well celebrated at Tanjong Lounge, Riverside, Putra World Trade Centre (PWTC) with the attendance of numerous Dungun public figures who have succeeded in their own field together with officers from various departments in Dungun.

This occasion was held as continuity out of the establishment of the Panel soon after the 2004 11th General Election which its objective is to assemble Dungun citizens from various backgrounds such as academicians, corporate members, prominent figures in both public and private sectors regardless of their place of service.

Apart from that the Vision of this Panel is to function as a voluntary body contributing towards enhancing socio-economic development among Dungun citizens by making knowledge and development as its basis.


The program started as early as 8 p.m. with dinner.

The actual program began after that, starting with prayers recitation followed by a short video clip entitled ‘Dungun Membangun.’

A presentation regarding Dungun Development Plan was also inserted in the tentative handled by a representative of Dato’ Mat Nor Nawi, Deputy Director-General I, Economic Planning Unit, Prime Minister’s Department. For the record, Mat Nor is a Dungun citizen and also a member in the Panel.

The peak of the program is the handing over duty from former Panel Chairman, YB Dato’ Mazlan Ngah, State Secretary to Dato’ (Dr) Rosli Mat Hassan witnessed by YB Datuk Za’abar Dato’ Mohd Adib, Panel’s Advisor who is also EXCO of the State Government.

In his speech as a new Chairman, Rosli thanked Mazlan for his contribution as well as informing the audience of Mazlan’s willingness to be appointed as a new Patron together with the appointment of Haji Mustofa Abdul Rahman, Dungun District Officer and Haji Zainal Abidin Husin, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Dungun as Deputy Chairman and Secretary respectively.

Rosli also took the opportunity to convey regards on behalf of YAB Dato’ Ahmad Said, Mentri Besar who could not attend the program due to packed schedule in Kemaman.

The occasion also celebrated the appointment of Mazlan as a State Secretary and the retirement of Dato’ Haji Ismail Ngah from public service. Previously, Mazlan was a State Finance Officer and Ismail was a Director-General of the National Landscape Department, Housing and Local Government Ministry.

Among other VIPs include YB Senator Hajjah Zainun A. Bakar, Member of the Senate, Dato’ Haji Zakaria Awang, General Manager of State Economic Development Corporation (SEDC), Dato’ Zolkples Embong, Director-General of National Sports Council, Dato’ Alwi Said, Deputy Chairman of Dungun Foundation, Datuk Awang Jabar, Chairman of Sincere Image Sdn Bhd and Dato’ Chang Jong Yu, Director of Yan Concrete-Mix Products.

The performance from Papa Rock, Ramli Sarip together with famous guitarist Man Kidal keeps the occasion warmed. Among songs presented to the audience includes a song entitled ‘Pewaris Anak Dungun’ which inspired by Rosli and composed by Ramli.

The presentation of the appointment certificate to members of the Panel and the secretariat concluded the occasion which ended at 11.15 p.m.


DUNGUN HARI INI

berita penuh

PANEL DUNGUN MEMBANGUN TERUS MENYUMBANG

KUALA LUMPUR, 18 Mac – Malam Panel Dungun Membangun disambut meriah di Tanjong Lounge, Riverside, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dengan dihadiri oleh ramai tetamu kehormat terdiri daripada Anak Dungun yang berjaya di perantauan selain daripada sebahagian besar tenaga pelaksana di peringkat Daerah Dungun.

Majlis ini diadakan sebagai kesinambungan daripada penubuhan Panel yang bermula selepas Pilihanraya Umum Kesebelas tahun 2004 yang objektifnya untuk mengumpulkan warga Dungun yang terdiri daripada ahli akademik, korporat, tokoh-tokoh perkhidmatan awam dan swasta yang berada di Dungun dan di luar Dungun.

Visi Panel ini adalah sebagai pertubuhan sukarela yang menyumbang usaha ke arah peningkatan taraf sosio-ekonomi warga Dungun menerusi kemajuan ilmu dan pembangunan.


Program dimulakan secara santai jam 8 malam dengan makan malam sebagai pembuka tirai.

Selepas makan malam, program formal bermula dengan bacaan doa diikuti dengan persembahan klip video ringkas Dungun Membangun.

Agenda Pembentangan Perancangan melibatkan Pembangunan Daerah Dungun turut dimuatkan dengan dikendalikan oleh wakil kepada Dato’ Mat Nor Nawi, Timbalan Ketua Pengarah I, Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri. Mat Nor merupakan anak Dungun dan juga merupakan salah seorang anggota Panel.

Kemuncak program adalah penyerahan tugas Pengerusi Panel oleh YB Dato’ Mazlan Ngah, Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu kepada Dato’ (Dr) Rosli Mat Hassan dengan disaksikan oleh YB Datuk Za’abar Dato’ Mohd Adib, Penasihat kepada Panel yang juga EXCO Kerajaan Negeri.

Dalam ucapan beliau selaku Pengerusi yang baru, Rosli mengucapkan terima kasih kepada Mazlan atas sumbangannya selain memaklumkan kepada hadirin bahawa Mazlan telah bersetuju untuk dilantik sebagai Penaung selain perlantikan Haji Mustofa Abdul Rahman, Pegawai Daerah Dungun selaku Timbalan Pengerusi dan Haji Zainal Abidin Husin, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Dungun sebagai Setiausaha Panel.

Beliau juga menyampaikan salam daripada YAB Dato' Ahmad Said, Menteri Besar yang tidak dapat hadir bersama kerana perlu berada di Kemaman atas program rasmi di kawasan.

Majlis turut meraikan perlantikan Mazlan sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri dan persaraan Dato’ Haji Ismail Ngah daripada perkhidmatan awam. Untuk rekod, Mazlan sebelum ini merupakan Pegawai Kewangan Negeri sementara Ismail merupakan bekas Ketua Pengarah Jabatan Lanskap Negara, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Antara tetamu lain yang hadir dari kalangan warga Dungun termasuklah YB Senator Hajjah Zainun A. Bakar, Dato’ Haji Zakaria Awang, Pengurus Besar Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT), Dato’ Zolkples Embong, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Dato’ Alwi Said, Timbalan Pengerusi Yayasan Dungun, Datuk Awang Jabar, Pengerusi Sincere Image Sdn Bhd dan Dato’ Chang Jong Yu, Pengarah Yan Concrete-Mix Products.

Majlis diserikan lagi dengan persembahan nyanyian oleh Ramli Sarip diiringi pemain gitar terkenal tanahair Man Kidal. Antara lagu yang didendangkan termasuklah lagu Pewaris Anak Dungun yang diilhamkan oleh Rosli dan senilagunya disusun oleh Ramli.

Penyerahan Watikah kepada anggota dan sekretariat Panel menjadi penutup acara yang berakhir jam 11.15 malam.


DUNGUN HARI INI

berita penuh