Thursday, March 25, 2010

MAULIDUR RASUL


TEKUN…Ustaz Halim Bin Mamat(berdiri) sedang meyampaikan ceramah kepada peserta program

DUNGUN 16 Mac – Jawatakuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) Sura Lapangan Terbang dan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) telah menganjurkan program ceramah bersempena Maulidur Rasul diperkarangan rumah Pengerusi JKKK Sura Lapangan Terbang, Hj Muhammad Bin Jusoh.


Seramai 80 ahli Amanah Ikhtiar Malaysia turut serta mendengar ceramah disampaikan oleh Ustaz Halim Bin Mamat,35.


DUNGUN HARI INI

berita penuh

Monday, March 22, 2010

PROGRAM KURSUS BAKTI REMAJA 2010



Kusyuk...peserta mendengar taklimat daripada urusetia kursus.


Dungun, 22 March - Seramai 148 peserta talah menghadiri kursus Bakti Remaja siri pertama bagi Dun Bukit Besi bermula 22 - 24 mac yang bertempat di Kolej Ketengah, Bandar Al-Muktafi Billah Shah.

Program selama 3 hari 2 malam ini mengumpul peserta daripada 18 cawangan sekitar Dun termasuk kampung Rantau Panjang, Pasir Raja, Lentang, Jerangau dan lain-lain.

Kursus ini dikendalikan oleh 10 orang fasilitator berpengalaman diketuai oleh Kem Komanden En. Mohtadin.

Untuk mengetahui dan mendapatkan informasi lebih lanjut tentang program ini bolehlah melayari laman www.baktiremaja.blogspot.com

berita penuh

Monday, March 15, 2010

CAKNA REMAJA KAMPUNG SURA LAPANGAN TERBANG






TAKLIMAT…Hj Muhamad Bin Jusoh (berdiri) memberi penerangan kepada belia

Dungun 16 Mac – Seramai 50 peserta telah memenuhi perkarangan rumah Hj Muhamad bin Jusoh, 45, Jawatan Kuasa Kemajuan Kampung (JKKK) Kg Sura Lapangan Terbang, yang telah menganjurkan Program Cakna Remaja pada 13 Mac bertujuan untuk menubuhkan Persatuan Belia yang melibatkan sukan dan rekreasi.


Menurutnya, semua belia seharusnya menyedari pentingnya untuk turut serta dalam setiap aktiviti yang dijalankan dalam kampung.

Sementara itu, program ini juga diselitkan dengan pendaftaran Ahli Belia, Daftar Pemilih Baru (SPR), Ahli Kawasan Rukun Tetangga dan Ahli UMNO.



DUNGUN HARI INI

berita penuh

Thursday, March 11, 2010

500 ORANG MERIAHKAN PERARAKAN MAULIDUR RASUL


Bersemangat... Kaum Hawa juga turut sama menyertai perarakan.

DUNGUN, 4 Mac – Perarakan Maulidur Rasul peringkat Mukim Abang dengan kerjasama Pejabat ADUN Rantau Abang disambut meriah oleh penduduk sekitar Dungun.

Selain penglibatan semua Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Agensi dan Jabatan kerajaan berkaitan seperti pihak Pejabat Daerah turut sama menjayakan perarakan yang bermula jam 8 pagi itu.


Perarakan bermula di Pekarangan Pejabat ADUN melalui Jalan Besar Sura serta Hospital Dungun dan berakhir semula di pejabat yang sama.

Sesak... jalan raya dipenuhi orang ramai yang menyertai perarakan.

Antara tetamu kehormat yang hadir termasuklah YB Datuk Zaabar Dato’ Mohd Adib, ADUN kawasan, dan Hassidy Hasan, Penghulu Mukim.

Selepas perarakan tersebut, satu majlis ringkas meraikan penganugerahan Tokoh Maulidur Rasul turut diadakan.

Penerima Anugerah kategori Tokoh Kepimpinan Lelaki adalah Tuan Haji A. Rahim Sulong dan Encik Atan Mohd Nor manakala Tengku Meriyam Tengku Rashid dan Puan Ramlah Abd Rahman menerima Anugerah Tokoh Kepimpinan Wanita.



DUNGUN HARI INI

berita penuh

NIRA KELULUT TARIKAN UTAMA MARANG VILLAGE RESORT & SPA


ENAK… Pemilik Marang Village Resort & Spa,Puan Hawa Abdul Rahman (duduk) bersama para pengunjung.

MARANG 10 Mac - Keenakkan air nira kelulut telah terbukti sebagai daya tarikan utama pengunjung ke Marang Village Resort & Spa.

Menurut pemilik resort tersebut , Puan Hawa Binti Abdul Rahman, 49, semenjak beroperasinya resort ini air nira telah menjadi salah satu minuman utama kepada para pengunjung.


Tambahnya lagi, bekalan air nira tersebut diperolehi daripada penduduk setempat yang mengusahakan nya, selain turut memasarkan secara komersial ke serata tempat dan ini telah terbukti kehebatannya apabila mendapat permintaan dan sambutan di pasaran.

Menurut Encik Jusoh Bin Osman,78, yang merupakan salah seorang pengusaha dan pembekal air nira Kelulut, minuman ini memang berkhasiat untuk kesihatan antaranya boleh menyegarkan badan dan melawaskan pembuangan air kecil jika diamalkan secara berterusan.

Harapan pemilik resort agar perusahaan air nira dapat membantu memajukan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di daerah Marang seiring dengan kejayaan pengusaha resort.



DUNGUN HARI INI

berita penuh

Tuesday, March 9, 2010

CHEMERONG MENJANJIKAN KEPUASAN



MENARIK...Keindahan semulajadi menggamit tumpuan pengunjung.

DUNGUN, 9 Mac – Air Terjun Chemerong terletak kira-kira 75 km dari Bandar Dungun merupakan satu pusat rekreasi yang menjanjikan keindahan flora dan fauna.

Air terjun setinggi 300 meter ini adalah yang tertinggi di Malaysia dan sudah pasti menjadi tarikan utama pengunjung untuk bersantai.


Bagi pengunjung yang menggemari aktiviti lasak, di sini terdapat laluan untuk ‘jungle trekking’ dan tapak perkhemahan di samping kemudahan asas seperti tandas, surau, bilik persalinan dan kafe.

Kawasan perkelahan sekitar air terjun Chemerong menjadi tumpuan pada hujung minggu dan cuti umum.

Khazanah alam ini perlu diperlihara untuk generasi akan datang.



DUNGUN HARI INI

berita penuh