Thursday, March 11, 2010

500 ORANG MERIAHKAN PERARAKAN MAULIDUR RASUL


Bersemangat... Kaum Hawa juga turut sama menyertai perarakan.

DUNGUN, 4 Mac – Perarakan Maulidur Rasul peringkat Mukim Abang dengan kerjasama Pejabat ADUN Rantau Abang disambut meriah oleh penduduk sekitar Dungun.

Selain penglibatan semua Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Agensi dan Jabatan kerajaan berkaitan seperti pihak Pejabat Daerah turut sama menjayakan perarakan yang bermula jam 8 pagi itu.


Perarakan bermula di Pekarangan Pejabat ADUN melalui Jalan Besar Sura serta Hospital Dungun dan berakhir semula di pejabat yang sama.

Sesak... jalan raya dipenuhi orang ramai yang menyertai perarakan.

Antara tetamu kehormat yang hadir termasuklah YB Datuk Zaabar Dato’ Mohd Adib, ADUN kawasan, dan Hassidy Hasan, Penghulu Mukim.

Selepas perarakan tersebut, satu majlis ringkas meraikan penganugerahan Tokoh Maulidur Rasul turut diadakan.

Penerima Anugerah kategori Tokoh Kepimpinan Lelaki adalah Tuan Haji A. Rahim Sulong dan Encik Atan Mohd Nor manakala Tengku Meriyam Tengku Rashid dan Puan Ramlah Abd Rahman menerima Anugerah Tokoh Kepimpinan Wanita.



DUNGUN HARI INI

No comments:

Post a Comment