Thursday, November 10, 2011
Sunday, October 30, 2011
BERITA BERGAMBAR : 3 Rumah Hangus Di Jilat Api
HANGUS...Tidak sampai 15 minit 3 buah rumah ranap dijilat api dalam kejadian 9.45 malam semalam. |
HIBA...Pengerusi JKKK Alur Tembesu Tn. Haji Ramlee Abd Rahman menenangkan salah seorang mangsa kebakaran yang sayu melihat kemusnahan harta benda milik beliau. |
SUMBANGAN... Hafizu Din, Pegawai Khas kepada Dato Wira Rosli Mat Hassan (Pegawai Pembangunan Dun Sura) menyampaikan sumbangan segera kepada mangsa. |
SUMBANGAN... Hafizu Din, Pegawai Khas kepada Dato Wira Rosli Mat Hassan (Pegawai Pembangunan Dun Sura) menyampaikan sumbangan segera kepada mangsa |
Sunday, October 16, 2011
475 Murid Tahun 4 Terima eBook
SURA...Pelajar tahun 4 sekolah-sekolah sekitar DUN Sura bagi tahun 2011 hari ini menerima agihan eBook yang disediakan oleh kerajaan negeri.
Majlis yang berlangsung di Dewan Utama Majlis Perbandaran Dungun berkenaan disempurnakan oleh Dato Wira Rosli Mat Hassan, Pegawai Pembangunan DUN Sura yang mewakili Yang Amat Berhormat Dato Seri Ahmad Said, Menteri Besar Terengganu.
Wednesday, October 12, 2011
Berita Bergambar
Friday, August 26, 2011
Kanak Kanak Nyaris Maut Disembelih Bapa
Gambar : DETIK CEMAS...Rosli ditemani Pegawai Kebajikan Daerah Dungun mendengar cerita yang disampaikan oleh Hasmah Kadmin 46, detik detik yang hampir meragut nyawa anaknya.
DUNGUN: Kanak-kanak berusia 4 tahun yang dikelar bapa kandung dikunjungi oleh Dato Rosli Mat Hassan dikediaman keluarga berkenaan di Kg. Alur Tembesu, Sura Gate.
Beliau selaku Pegawai Pembangunan DUN Sura turut menyampaikan sumbangan peribadi RM1000 kepada adik Putri Intan Syawani.
Dalam kejadian Sabtu lalu kanak-kanak berkenaan nyaris maut disembelih bapa kandung dalam kejadian di laluan lebuhraya berdekatan Bukit Besi, Dungun dalam perjalanan pulang ke Kedah.
Walaubagaimanapun diselamatkan polis yang secara kebetulan melalui lokasi berkenaan.
Bapa kandung kanak kanak berkenaan Shahli Harun, 42 dari Gurun, Kedah tidak mengaku salah selepas pertuduhan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cuba membunuh yang dibaca oleh Timbalan Pendakwaraya, Masriwani Mahmud@Mamat dihadapan hakim Tuan Zainal Abidin Kamaruddin di Mahkamah Seksyen Kuala Terengganu.
Wednesday, July 13, 2011
BERITA BERGAMBAR : Program Penyampaian Pakaian Raya Murid Yatim Sekolah Daerah Dungun
Tuesday, June 28, 2011
Bukit Chatak Tengah, Sungai Buaya johan bersama
SIAPA KUAT...Sebahagian daripada peserta acara tarik tali dari kalangan masyarakat Cina. |
Hampir 1000 peserta terlibat dalam pelbagai acara antaranya tarik tali, sepak takraw, bola jaring, futsal, bola cetong, dan pelbagai acara sukaneka.
Kejohanan yang berlangsung selama 2 hari mulai 24 Jun baru-baru ini dirasmikan oleh Pegawai Pembangunan Dun Sura, Dato Dr. Haji Rosli Mat Hassan.
Bukit Chatak Tengah dan Sungai Buaya mendapat markah tertinggi dinobatkan sebagai johan bersama keseluruhan mengungguli sukan rakyat yang julung kali diadakan.
SUMBER : www.1dungun.com berita penuh
Tuesday, February 15, 2011
PPD Sura Hulur Bantuan Mangsa Kebakaran
SUMBANGAN SEGERA...Wan Rasyidah,24 menerima sumbangan daripada Husin Sukri (Pengerusi JKKK Kg Molek) dan Hafizu Din (Ketua Penyelia APMT Dun Sura) semalam. |
Thursday, January 6, 2011
Simpang Bukit Besi Ditutup Sementara Untuk Kenderaan Ringan
Beberapa kenderaan cuba melintas jalan yang ditenggelami air.
Bukit Besi,6 Jan-Simpang bukit besi berhampiran dengan stesen timbang JPJ bukit besi ditutup buat sementara waktu untuk kenderaan ringan kerana air melimpah melintasi jalan.
Hujan lebat sejak malam tadi telah mengakibatkan beberapa kawasan di daerah ini dinaiki air. Persediaan telah dibuat oleh skuad banjir dun bukit besi bagi menghadapi bencana alam ini sejak bulan disember tahun lepas dan keadaan ini masih terkawal. berita penuh