Tuesday, June 28, 2011

Bukit Chatak Tengah, Sungai Buaya johan bersama

SIAPA KUAT...Sebahagian daripada peserta acara tarik tali dari kalangan masyarakat Cina.
SURA, Bagi memupuk semangat kebersamaan segenap lapisan masyarakat yang berada di dalam DUN Sura, UMNO DUN Sura mencetuskan idea bagi menjalankan Sukan Rakyat Dun Sura 2011.
Hampir 1000 peserta terlibat dalam pelbagai acara antaranya tarik tali, sepak takraw, bola jaring, futsal, bola cetong, dan pelbagai acara sukaneka.
Kejohanan yang berlangsung selama 2 hari mulai 24 Jun baru-baru ini dirasmikan oleh Pegawai Pembangunan Dun Sura, Dato Dr. Haji Rosli Mat Hassan.
Bukit Chatak Tengah dan Sungai Buaya mendapat markah tertinggi dinobatkan sebagai johan bersama keseluruhan mengungguli sukan rakyat yang julung kali diadakan.

SUMBER : www.1dungun.com

berita penuh